OPPO R9S bakal dilancarkan di Malaysia pada 5 Januari 2017
OPPO R9S bakal dilancarkan di Malaysia pada 5 Januari 2017
OPPO Malaysia hari ini telah mengumumkan bahawa telefon pintar OPPO R9S akan diperkenalkan di pasaran tempatan pada 5 Januari 2017 kelak.
Peranti baru OPPO R9S ini kini memfokus kepada kamera belakang. Ia akan hadir dengan kamera 16MP f/1.7 aperture disertakan dengan sokongan PDAF.
OPPO R9S ini dilengkapi skrin 5.5 inci dengan paparan HD penuh, dijana oleh pemproses Snapdragon 625 dengan memori 4GB RAM dan ruangan storan 64 GB yang boleh diperluaskan melalui kad mikroSD sehingga 256 GB. Ia juga akan menyokong teknologi pengecasan pantas VOOC.
Sumber juga melaporkan bahawa OPPO R9S ini akan dijual pada harga RM 1,898 untuk pasaran Malaysia.