Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Empat telefon pintar Lenovo baru diperkenalkan di Malaysia: Lenovo P2, A6600 Plus, K6 Note dan K6 Power

Empat telefon pintar Lenovo baru diperkenalkan di Malaysia: Lenovo P2, A6600 Plus, K6 Note dan K6 Power 1

lenovo-k6Empat telefon pintar Lenovo baru diperkenalkan di Malaysia: Lenovo P2, A6600 Plus, K6 Note dan K6 Power

lenovo p2Antara peranti-peranti Lenovo baru ini, Lenovo P2 merupakan telefon pintar yang paling menarik perhatian ramai kerana ia menawarkan sokongan bateri yang bertahan lama, dan dilengkapi dengan memori 4GB RAM.

Lenovo K6 Note dan K6 Power pula dilengkapi dengan sokongan audio Dolby Atmos. Kedua-dua peranti ini turut hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 430, ruangan storan terbina 32GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD, bateri berkapasiti 4000mAh serta sokongan pengimbas cap jari. Perbezaan antara K6 Note dan K6 Power adalah saiz skrin, RAM dan kamera belakang.

lenovo-a6600-plus_01Lenovo A6600 Plus pula menawarkan skrin 5-inci dengan paparan HD, dijanakan oleh pemproses Mediatek MT6735p, memori 2GB RAM, ruangan storan 16GB, dan bateri berkapasiti 2,300mAh. Kamera belakang ia adalah 8-megapixel dan kamera hadapan pula adalah 2-megapixel.

Untuk sistem operasi, kesemua peranti baru Lenovo ini menjalankan Android 6.0 Marshmallow dengan antaramuka khusus Lenovo.

Harga untuk Lenovo A6600 Plus hanya RM479, sementara Lenovo K6 Note dan Lenovo K6 Power akan dijual pada harga RM999 dan RM799 bermula awal Januari kelak. Lenovo P2 pula berharga RM1,299.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.