Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Powerbank Pro diperkenalkan pada harga RM149 di Malaysia

Mi-Powerbank-ProXiaomi Powerbank Pro diperkenalkan pada harga RM149 di Malaysia

Xiaomi Malaysia akan memperkenalkan Mi Powerbank Pro yang dilancarkan pada bulan Mac yang lalu. Powerbank baru Xiaomi ini hadir dengan port terbaru USB Type-C dan ia akan mula dijual di Malaysia bermula 11 November ini pada harga RM 149 di laman web Lazada.

Dari segi spesifikasi, ia berkapasiti 10,000 mAh dan menyokong port USB-A juga. Ia turut hadir dengan sokongan pengecasan pantas serta dicas semula dalam masa hanya 3.5 jam.

Selain daripada itu, walaupun ia kapasiti Mi Powerbank Pro ini besar, tetapi saiz ia nipis dan ringan seperti saiz Mi Powerbank 5000 mAh sebelum ini.

lazada mi revolution

Bagi mereka yang ingin membelinya, Xiaomi Malaysia akan menawarkan promosi yang hebat di laman Lazada Malaysia untuk Mi Powerbank Pro ini pada harga RM119 sempena Lazada Online Revolution yang diadakan dari 11 hingga 13 November selama 3 hari sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.