Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Mi Mix, telefon pintar tanpa bezel Xiaomi dilancarkan: Harga bermula dari RM2152

Xiaomi-MIX

Mi Mix, telefon pintar tanpa bezel Xiaomi dilancarkan: Harga bermula dari RM2152

Hari ini, Xiaomi telah melancarkan dua peranti yang berspesifikasi tinggi iaitu telefon pintar utama, Mi Note 2 dan telefon pintar konsep, Mi Mix.

Mi Mix ini direka oleh Philippe Starck. Ia mempunyai skrin sebesar 6.4 inci tanpa bezel yang mempunyai 91.3 % permukaan skrin pada bahagian hadapan. Tubuh Mi Mix ini diperbuat daripada bahan seramik.

Xiaomi-MIX-4

Dari segi spesifikasi, Mi Mix diperkasakan dengan pemproses Snapdragon 821, memori 4/6 GB RAM dan storan sebesar 128/256 GB. Bateri ia berkapasiti 4,400 mAh dengan sokongan sistem pengecasan pantas QuickCharge 3.0.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 16-Megapixel dengan kamera depan 5-Megapixel. Ia juga hadir dengan pengimbas jari ultrasonik yang terbina pada skrin.

Versi Mi Mix dengan 4GB RAM dan storan 128GB dijual pada harga CNY 3,499 (sekitar RM 2,152), manakala model 6GB RAM dan storan 256GB dijual pada harga CNY 3,999 (sekitar RM 2,459).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.