Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei melancarkan Nova Plus di Malaysia pada harga RM1499

nova plusHuawei melancarkan Nova Plus di Malaysia pada harga RM1499

Huawei Nova Plus secara rasminya telah dilancarkan di pasaran Malaysia pada harga runcit RM1,499. Ia terdapat dua pilihan warna iaitu kelabu dan emas.

Huawei Nova Plus ini dilengkpai skrin bersaiz 5.5-inci paparan HD penuh. Ia datang dengan rekaan badan berasaskan logam, dijana dengan pemproses Snapdragon 625, memori 3GB RAM dan ruangan storan 32GB. Bateri untuk telefon pintar baru Huawei ini bersaiz 3,340 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 5V2A melalui USB Type-C.

Untuk rakaman gambar, peranti ini menggunakan kamera belakang 16-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel. Kamera belakang disokong dengan rakaman video 4K, dan pemfokusan PDAF.

Di samping itu, ia juga hadir dengan sokongan pengimbas cap jari pada bahagian belakang dan menggunakan pelancar EMUI 4.1 berasaskan Android 6.0 Marshmallow.

Telefon pintar Huawei Nova turut dikesan di pangkalan data SIRIM Malaysia, ia dijangka akan ditawarkan di pasaran tempatan tidak lama lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.