Anda kini boleh mengikuti maklumat terkini Perdana Menteri Malaysia melalui Aplikasi Najib Razak
Anda kini boleh mengikuti maklumat terkini Perdana Menteri Malaysia melalui Aplikasi Najib Razak
Hari ini, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah melancarkan aplikasi peranti pintar Najib Razak bagi membolehkan rakyat mendapatkan maklumat terkini daripada beliau.
Dalam aplikasi ini, pengguna dapat mengikuti status terkini media sosial Yang Amat Berhormat dari sumber rasmi.
Selain itu, aplikasi tersebut turut menawarkan segala infomasi polisi pentadbiran dan program beliau. Bermula hari ini, aplikasi Najib Razak boleh dimuat turun untuk platform Android dan iOS.