Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy J7 Prime kini dilancarkan di Malaysia pada harga runcit RM 1,199!

galaxy-j7-prime-01Samsung Galaxy J7 Prime kini dilancarkan di Malaysia pada harga runcit RM 1,199!

Samsung Malaysia telah melancarkan secara rasminya Galaxy J7 Prime untuk pasaran Malaysia dengan harga runcit RM 1,199. Samsung menyatakan bahawa Galaxy J7 Prime ini akan menumpukan kehebatannya kepada kamera hadapan.

Samsung Galaxy J7 Prime ini hadir dengan skrin 5.5 inci paparan Full HD 2.5D, dijana oleh pemproses Exynos 7870 lapan teras dan mempunyai memori 3GB RAM dan storan 32GB yang boleh diperluaskan sehingga 256 GB melalui kad mikroSD.

Untuk rakaman gambar, peranti ini menggunakan kamera belakang 13MP dengan f/1.9 aperture. Kamera depan pula menggunakan 8MP f/1.9 aperture yang sesuai untuk menangkap selfie. Kamera depan Galaxy J7 Prime ini mempunyai sudut yang lebih luas bagi selfie beramai-ramai.

Galaxy J7 Prime akan dilengkapi dengan bateri bersaiz 3,300 mAh dan ia juga menyokong pengimbas cap jari pada bahagian hadapan. Ia menggunakan sistem operasi Android 6.0.1 Marshmallow dengan pelancar TouchWiz.

Galaxy J7 Prime akan dijual pada harga RM 1,199 di Malaysia dan ia boleh didapati dalam pilihan warna emas putih dan hitam.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.