Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Meizu M3s bakal diperkenalkan di pasaran Malaysia pada 16 Oktober dengan harga runcit dari RM599

meizu-m3s-01Meizu M3s bakal diperkenalkan di pasaran Malaysia pada 16 Oktober dengan harga runcit dari RM599

Pengedar telefon pintar Malaysia, Dynamics Distribution telah menyatakan Meizu M3s akan dijual di pasaran Malaysia bulan depan pada 16 Oktober kelak.

Meizu M3s dilengkapi skrin bersaiz 5 inci dengan paparan HD 2.5D dan dijana oleh pemproses Mediatek MT6750 lapan teras. Ia mempunyai dua versi storan iaitu memori 2GB RAM dengan storan 16GB serta memori 3GB RAM dengan storan 32GB.

Peranti ini mengguna kamera belakang 13MP f/2.2 aperture,  dan kamera hadapan 5MP f/2.0 aperture untuk selfie. Ia mempunyai slot SIM hibrid yang boleh menyokong dwi SIM atau satu SIM tambah dengan kad mikroSD. Ia turut menyokong rangkaian 4G LTE.

Meizu M3s disertakan dengan bateri bersaiz 3,020 mAh dengan sokongan pengimbas cap jari mTouch 2.1. Peranti ini menggunakan Flyme OS berasaskan Android v5.1 (Lollipop) untuk operasi sistem dan ia terdapat dalam warna kelabu dan emas.

Model 16GB Meizu M3s akan dijual pada harga RM 599, manakala versi 32GB datang dengan harga runcit RM 749.

Ia boleh didapati di pasaran Malaysia pada 16 Oktober, untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman web Facebook Dynamic Distributions.

SUMBER

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.