iPhone 7 akan dilancarkan di pasaran Malaysia pada hujung bulan Oktober?
iPhone 7 akan dilancarkan di pasaran Malaysia pada hujung bulan Oktober?
Mengikuti laporan terkini, iPhone 7 dan 7 Plus akan dilancarkan di pasaran tempatan pada hujung bulan depan.
Laman web membeli-belah GEMFIVE Malaysia kini telah membuka pra-tempahan untuk iPhone 7 yang disenaraikan sebagai set rasmi Malaysia yang dijamin oleh Apple Malaysia.
Berikutnya adalah harga rasmi iPhone 7 dan 7 Plus yang dinyatakan di laman pra-tempahan GEMFIVE untuk pasaran Malaysia:
iPhone 7 32GB – RM3,199
iPhone 7 128GB – RM3,699
iPhone 7 256GB – RM4,199
iPhone 7 Plus 32GB – RM3,799
iPhone 7 Plus 128GB – RM4,299
iPhone 7 Plus 256GB – RM4,799
Gambar di atas menyatakan bahawa iPhone 7 dan 7 Plus yang dipra-tempah di laman web GEMFIVE boleh didapati pada hujung bulan Oktober.
Selain itu, pelanggan yang ingin membuat tempahan untuk iPhone 7 dan 7 Plus terlebih dahulu, mereka turut boleh menggunakan kod GEMFIVE (more12) untuk mendapatkan diskaun tambahan sebanyak RM250.