Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Webe boleh didapati di pasaran Malaysia pada 30 September, harga bermula dari RM 79!

webe-plan-01Webe boleh didapati di pasaran Malaysia pada 30 September, harga bermula dari RM 79!

Hari ini, Webe telah mengumumkan bahawa pelan pascabayar mereka mula ditawarkan di pasaran tempatan pada 30 September 2016.

Para pelanggan yang berminat boleh mendaftar melalui laman web rasmi Webe pada 9.30 pagi pada hari itu. Selain itu anda juga boleh mendaftar di Webe Lounge yang terletak di Sunway Pyramid and Queensbay Mall Penang/Pulau Pinang. Cara pendaftaran yang lain termasuk mendaftar di cawangan-cawangan TM Point di seluruh negara.

webe-plan-02-1024x525

Pelan pascabayar Webe yang baru ini menawarkan data, panggilan dan SMS tanpa had pada harga runcit RM83.74 termasuk GST untuk pembayaran setiap bulan.

Di samping itu, pakej Webe ini tidak datang dengan sebarang kontrak. Anda boleh tukar ke perkhidmatan telco lain bila bila masa anda suka.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Webe di sini.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.