Sony Xperia XZ dan Xperia X Compact akan dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi
Sony Xperia XZ dan Xperia X Compact akan dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi
Sony Mobile Malaysia hari ini telah menawarkan halaman web bagi pendaftaran untuk mereka yang berminat membeli Xperia XZ yang dijangka akan tiba di pasaran tempatan tidak lama lagi.
Sony Xperia XZ dilengkapi 5.2 inci dengan paparan HD penuh, dijana oleh pemproses Snapdragon 820 dan memori 3GB RAM dan ruangan storan 32GB dan 64GB.
Ia mempunyai 23MP kamera di bahagian belakang dengan sokongan rakaman video 4K. Manakala kamera hadapan untuk selfie ialah 13MP.
Xperia XZ menawarkan bateri bersaiz 2,900 mAh dengan sokongan pengecasan pantas Quick Charge 3.0. Selain itu, ia menyokong pengimbas cap jari dan kalis air dan habuk pada piawaian IP68.
Sony Xperia X Compact pula hadir dengan skrin IPS 4.6 inci paparan 1280 x 720 pixel, dijana oleh pemproses Snapdragon 650 dan memori 3GB RAM dan storan 32GB. Peranti ini mempunyai 23MP kamera belakang dan kamera hadapan 5MP.
Bateri Xperia X Compact ini bersaiz 2,700 mAh dengan sokongan pengecasan pantas Quick Charge 3.0 serta sokongan pengimbas cap jari.
Bagi mereka yang berminat, anda boleh mendaftar di sini untuk mendapatkan info terkini daripada Sony Mobile Malaysia.