Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Zenfone 3 kini boleh didapat di Asus Online Store

ZenFone-3-Available-in-ASUS-Store-1024x461

Zenfone 3 kini boleh didapat di Asus Online Store

Asus Zenfone 3 baharu dilancarkan di Malaysia dua minggu lalu, kini ia boleh didapat di Asus Online Store.

asus-zenfone-3-01

Asus Zenfone 3 mempunyai dua variasi iaitu 5.2 inci dan 5.5 inci. Kedua-dua model akan dilengkapi dengan memori 4GB RAM dan penyimpanan dalaman 64GB.

Untuk kemampuan optik, ia dilengkapi kamera belakang 16 megapixel dan kamera hadapan 8 megapixel. Bateri peranti untuk model 5.2 inci bersaiz 2,650 mAh, manakala bateri versi 5.5 inci adalah berkapasiti 3,000 mAh.

Harga runcit Zenfone 3 adalah RM 1,499 untuk versi 5.2 inci dan RM 1,699 untuk versi 5.5 inci. Kedua-dua peranti ini kini sudah disenaraikan di Asus Online Store.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.