Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Pro kini boleh didapati di pasaran Malaysia dari harga runcit RM1099

Redmi Pro SGDCXiaomi Redmi Pro kini boleh didapati di pasaran Malaysia dari harga runcit RM1099

Xiaomi Redmi Pro merupakan peranti siri Redmi yang terbaru dilancarkan di pasaran China pada bulan lepas. Kini, Redmi Pro ini sudah boleh didapati di pasaran Malaysia dari harga runcit RM1,099.

Redmi Pro ini hadir dengan skrin 5.5-inci paparan OLED HD penuh. Skrin OLED baru ini memberi paparan yang lebih jelas berbanding skrin LCD yang biasa.

Ia dijanakan oleh pemproses deca-core Helio X20 atau X25 serta GPU Mali-T880. Peranti ini turut dilengkapi memori 3GB RAM, ruangan storan pilihan 32GB atau 64GB dan bateri bersaiz 4,050 mAh.

Untuk rakaman gambar, Xiaomi telah menggunakan sistem dwi kamera pada bahagian belakang Redmi Pro ini. Ia menawarkan sensor Sony IMX258 13 megapixel sebagai sensor kamera utama dan sensor Samsung 5 megapixel untuk kamera keduanya. Kegunaan sistem dwi-kamera sama seperti Honor 6 Plus iaitu merakamkan gambar dengan lebih banyak data, dan pada masa yang sama memilih ingin memfokuskan kemana menggunakannya. Ia juga dapat menangkap gambar bokeh yang kelihatan lebih kurang sama dengan gambar kamera DSLR.

Peranti ini turut menyokong rangkaian 4G LTE, dan juga slot kad mikroSD boleh diubah untuk digunakan sebagai slot kad-SIM kedua.

Di samping itu, peranti ini juga hadir dengan pengimbas cap jari di hadapan, slot USB Type-C dan sistem operasinya menggunakan MIUI 8 yang berasaskan Android 6.0 Marshmallow.

Kedai SatuGadget menawarkan versi 32GB Redmi Pro (warna emas dan perak) pada harga RM1,099, manakala versi 64GB (warna perak) dijual pada harga RM1,229.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web SatuGadget.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.