Redmi 4 dan Redmi Note 4 dikesan di pangkalan data TENAA
Redmi 4 dan Redmi Note 4 dikesan di pangkalan data TENAA
Dua peranti Xiaomi telah muncul di dalam pangkalan data TENAA baru-baru ini dan ia dikatakan adalah Redmi 4 dan Redmi Note 4.
Dari segi rekaan badan, Redmi 4 kelihatan sama dengan Redmi 3 Pro. Perbezaan antara mereka ialah Redmi 4 dilengkapi pemproses MediaTek Helio P10.
Peranti ini hadir dengan skrin 5 inci dengan paparan HD penuh, memori 3GB RAM dan storan 32GB. Untuk rakaman gambar, ia mempunyai kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 5MP. “Redmi 4” ini disenaraikan menggunakan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow dengan bateri bersaiz 4,000mAh.
Bagi Redmi Note 4 pula, ia kemungkinan akan hadir dengan pemproses Helio X25 serta memori 4GB of RAM dan ruangan storan 128GB.