iPhone 7 dijangka akan dilancarkan pada 7 September 2016!
iPhone 7 dijangka akan dilancarkan pada 7 September 2016!
Menurut laporan Bloomberg, Apple akan melancarkan iPhone 7 pada 7 September 2016 dan pra-tempahan dikatakan akan bermula pada 9 September 2016. Pelancaran iPhone 7 adalah tiga hari lebih awal daripada acara pelancaran iPhone 6 pada tahun lalu.
IPhone 7 akan diperkenalkan dengan dua varian iaitu paparan bersaiz 4.7 inci dan 5.5 inci. Kedua-dua model iPhone 7 ini hadir dengan paparan 1080p. iPhone 7 dikatakan akan menyertakan butang Home dengan sokongan tindak-balas haptik, dan juga tidak akan menyertakan audio-jack.
Disamping itu, Apple turut dikatakan akan hadir dengan variasi iPhone yang menyertakan dwi-kamera.
Untuk ruangan storan, iPhone 7 akan mempunyai 4 varian kapasiti iaitu 32GB, 64GB, 128GB dan 256GB. iPhone 7 dijangka hadir dalam empat pilihan warna iaitu biru, perak, kelabu dan ros emas.