Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus memperkenalkan siri Zenfone 3 di Malaysia: Zenfone 3 Deluxe dilengkapi Snapdragon 821 dan storan 256 GB pada harga RM3299!

Asus memperkenalkan siri Zenfone 3 di Malaysia: Zenfone 3 Deluxe dilengkapi Snapdragon 821 dan storan 256 GB pada harga RM3299! 1

zenvolution

Asus memperkenalkan siri Zenfone 3 di Malaysia: Zenfone 3 Deluxe dilengkapi Snapdragon 821 dan storan 256 GB pada harga RM3299!

Hari ini, Asus telah melancarkan siri Zenfone 3 di pasaran Malaysia yang terdiri daripada Zenfone 3 Deluxe, Zenfone 3 Ultra, Zenfone 3, Zenfone 3 Laser dan Zenfone 3 Max.

zenfone 3 deluxe

Asus Zenfone 3 Deluxe mempunyai dua versi yang dilengkapi dengan skrin 5.7 inci paparan HD penuh. Ia dijanakan oleh pemproses Snapdragon 821 2.4GHz atau pemproses Snapdragon 820 2.15GHz dan dilengkapi dengan memori 6GB RAM. Ruangan storan untuk versi Snapdragon 821 bersaiz 256GB, manakala versi Snapdragon 820 akan dilengkapi dengan storan 64GB. Kedua-dua dua varian Asus Zenfone 3 Deluxe ini menyokong UFS 2.0.

Versi Snapdragon 821 akan dijual pada harga runcit RM 3,299, manakala versi Snapdragon 820 berharga RM 2,599.

zenfone 3 ultra

Bagi pengguna yang suka skrin besar, Asus Zenfone 3 Ultra yang datang dengan paparan 6.8 inci sesuai untuk anda. Peranti ini boleh didapati di Malaysia, ia mempunyai memori 4GB RAM serta storan 64GB dan dijual pada harga runcit RM 2,599.

zenfone 3

Asus Zenfone 3 juga mempunyai dua variasi iaitu 5.2 inci dan 5.5 inci. Kedua-dua model akan dilengkapi dengan memori 4GB RAM dan penyimpanan dalaman 64GB. Harga runcit Zenfone 3 adalah RM 1,499 untuk versi 5.2 inci dan RM 1,699 untuk versi 5.5 inci.

zenfone 3 laser

Asus turut melancarkan peranti yang berspesifikasi pertengahan iaitu Zenfone 3 laser dan Zenfone 3 Max di pasaran Malaysia hari ini. Zenfone 3 Laser akan datang dengan paparan bersaiz 5.5 inci dengan resolusi 1080p, ia dilengkapi dengan memori 4GB RAM dan ruangan storan 32GB.

Untuk rakaman gambar, kamera utamanya adalah 23MP Pixel Master 3.0 dengan sensor Sony IMX 214. Ia akan tiba di pasaran tempatan dengan harga runcit RM 999.

zenfone 3 max

Asus Zenfone 3 Max merupakan peranti mempunyai bateri besar yang berkapasiti 4,100 mah besar. Ia dilengkapi memori 3GB RAM dan storan 32GB. Harga runcit Zenfone 3 Max ini adalah RM 799.

Asus Zenfone 3 akan melanda pasaran tempatan sekarang, manakala pra-tempahan Asus Zenfone 3 Ultra akan dibuka dahulu. Model lain Zenfone 3 turut boleh didapati di pasaran Malaysia pada bulan ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.