Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Doogee melancarkan X5 Max dan X5 Max Pro di pasaran Malaysia, hadir dengan pengimbas cap jari dengan harga runcit dari RM299!

 

Doogee-X5-Max-1

Doogee melancarkan X5 Max dan X5 Max Pro di pasaran Malaysia, hadir dengan pengimbas cap jari dengan harga runcit dari RM299!

Doogee Malaysia telah melancarkan Doogee X5 Max and X5 Pro di Malaysia pada hari ini. Kedua-dua peranti Doogee ini mempunyai rekaan badan yang sama dengan hanya sikit berbeza dalam spesifikasi.

Doogee X5 Max hadir dengan skrin IPS bersaiz 5 inci dengan paparan HD, ia dijanakan oleh pemproses empat teras MediaTek MTK6580. Doogee X5 Max mempunyai memori 1GB RAM dan ruangan storan 8GB, malah X5 Max Pro dilengkapi memori 2GB RAM dan ruangan storan 16GB. Storan kedua-dua model ini boleh diperluaskan sebesar 32GB melalui kad mikroSD.

 

Doogee-X5-MAX-5-13

Untuk rakaman gambar, kamera belakang adalah 8 Megapixel f/1.8 dan kamera selfie pula adalah 5 Megapixel f/2.0. Bateri peranti ini berkapasiti sebesar 4,000 mAh.

Kedua-dua peranti menggunakan sistem operasi Android Marshmallow. Yang paling penting sekali ialah telefont pintar ini turut hadir dengan pengimbas cap jari yang jarang ternampak dalam harga ini.

Doogee X5 Max dijual pada harga runcit RM299, manakala X5 Max Pro berharga RM459.

 

Comments

comments