Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Video iklan teaser Samsung baru mengesahkan ciri-ciri baru Galaxy Note 7 !

Galaxy-Note-7-TV-ad

Video iklan teaser Samsung baru mengesahkan ciri-ciri baru Galaxy Note 7 !

Samsung Galaxy Note 7 akan dilancarkan tidak lama lagi pada bulan Ogos. Hari ini, Samsung telah mengeluarkan iklan baru di Youtube untuk Galaxy Note 7.

Dalam video iklan ini, Samsung ingin memberitahu pengguna bahawa Note 7 akan dilancarkan pada bulan Ogos ini.

Sebahagian daripada pengguna yang mengatakan bahawa tarikh sebenar akan 2hb Ogos, dan pra tempahan akan bermula pada 6 hingga 18 Ogos. Ia juga dikatakan boleh didapati di pasaran pada 19 Ogos.

Selain itu, iklan tersebut juga mengesahkan Galaxy Note 7 akan menggunakan pengimbas cap jari dengan penggunaan corak input untuk log masuk ke peranti yang agak sukar. Dengan ini, mungkin Samsung ingin memberikan petanda bahawa pengimbas mata adalah cara yang lebih senang dan cepat untuk menyahkunci peranti.

Samsung Galaxy Note 7 diperlihatkan kemungkinan akan mempunyai selfie flash. Untuk kegunaan Stylus Galaxy Note 7 ini, Samsung turut akan menambahkan fungsi baru S-Pen.

Video iklan teaser turut memaparkan bahawa Note 7 akan hadir dengan ciri kalis air.

SUMBER RUJUKAN

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.