Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi melancarkan Mi Notebook Air dengan harga runcit bermula dari RM2140

Mi-NOtebook-Air-hero-600x360

Xiaomi melancarkan Mi Notebook Air dengan harga runcit bermula dari RM2140

Xiaomi telah melancarkan komputer riba pertama tersendiri di acara pelancaran hari ini iaitu Mi Notebook Air. Ia datang dalam dua versi, iaitu Versi skrin paparan 13.3 inci dan 12.5 inci.

Xiaomi Mi Notebook Air 13.3 merupakan versi yang berspesifikasi lebih tinggi dalam dua versi Mi Notebook Air ini. Ia adalah komputer riba Windows 10 64 bit Home Edition yang dilengkapi dengan skrin bersaiz 13.3 inci paparan HD penuh, pemproses Intel Core i5 generasi ke-enam 2.7 Ghz dua teras, kad grafik Nvidia GeForce 940 MX, memori 8 GB DDR4 RAM dan ruangan storan SSD PCIe sebesar 256 GB. Ia dicas sepenuhnya dengan port USB Type-C.

Walaupun Mi Notebook Air ini kelihatan seperti Apple MacBook Air, tetapi saiznya adalah 11% lebih kecil berbanding dengan MacBook Air yang saiz sama.

Selain itu, Mi Notebook Air ini juga 13% lebih nipis berbanding dengan MacBook Air. Papan kekunci jenis chicklet peranti ini juga terbina sistem lampu.

Mi Notebook Air ini seberat hanya 1.28 Kilogram walaupun diperbuat daripada logam sepenuhnya. Spesifikasi Mi Notebook Air yang lain termasuk kamera HD penuh, satu bicu audio 3.5 mm, satu port HDMI bersaiz penuh dan dua port USB-A. Jika anda memiliki Mi Band, ia juga dapat mennyahkunci Mi Notebook Air ini juga. Harga runcit Xiaomi Mi Notebook Air 13.3 ini ialah RMB 4,999 ( sekitar RM 3,054) sebuah.

Mi Notebook Air yang model kedua ini hadir dengan skrin 12.5 inci paparan HD penuh, dijanakan oleh pemproses Intel Core M3, memori 4GB RAM serta ruangan storan SSD-SATA 128 GB.

Ia turut menggunakan rekaan tubuh logam dan hanya seberat 1.07 Kilogram. Spesifikasi yang terdapat dalam peranti ini adalah seperti kamera HD penuh, satu bicu audio 3.5mm, satu port HDMI bersaiz penuh, satu port USB-A dan satu port USB-C. Versi Mi Notebook Air 12.5 inci ini dijual pada harga RMB 3,499 (sekitar RM 2,140) sebuah.



SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.