Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

iPhone 7 dijangka akan diperkenalkan pada minggu 12 September

iPhone 7 dijangka akan diperkenalkan pada minggu 12 September 1

 

iphone-baru-7iPhone 7 dijangka akan diperkenalkan pada minggu 12 September

Apple dikatakan akan mengekalkan tradisinya untuk melancarkan iPhone baru pada bulan September. Evleaks kini telah meniriskan bahawa Apple dikatakan mungkin memperkenalkannya pada minggu 12 September 2016 kelak. Evleaks juga menyatakan iPhone baru ini akan hadir di pasaran pada 16 September 2016.

evleaks iPhone 7 launch dateiPhone baru ini dikatakan akan mengikuti rekaan badan yang lebih kurang sama seperti iPhone 6 atau iPhone 6S. Kemungkinan besar Apple akan membuang port audio-jack dan digantikan dengan penyambung port lightning untuk mendengar muzik melalui fon telinga.

Sebelum ini, iPhone 7 juga dikatakan akan mempunyai lensa kamera belakang yang lebih besar berbanding sebelumnya. Mengikui desas-desus yang lepas, Apple akan menyembunyikan garisan antena yang sering diperlihatkan pada bahagian belakang iPhone sebelum ini.

 

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.