Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Gambar Sony Xperia F8331 tertiris

sony-xperia-f8331-01

Gambar Sony Xperia F8331 tertiris

Sony Xperia F8331 dijangka bakal menjadi telefon pintar utama Sony untuk tahun ini dengan reka bentuk yang berbeza. Berikut adalah beberapa gambar bocor Sony Xperia F8331 yang telah dikesan di internet.

sony-xperia-f8331-03sony-xperia-f8331-02

Peranti F8331 ini dikatakan lebih baik daripada Sony Xperia X Performance dengan skrin yang lebih besar dan hadir dengan rakaman video 4K di kedua-dua kamera (hadapan dan belakang).

Sony Xperia F8331 mempunyai perubahan besar pada reka bentuk berbanding model Sony Xperia yang lain. Bahagian atas dan bawah peranti ini masih rata, malah di sebelah kiri dan kanan peranti pula melengkung.

Panel hadapan mempunyai pembesar suara dan antena NFC . Panel belakang Sony Xperia F8331 mempunyai kamera yang datang dengan sokongan dwi LED flash.

sony-xperia-f8331-04sony-xperia-f8331-05

Peranti ini menawarkan USB Type-C port di bahagian bawah yang buat kali pertama digunakan pada peranti Sony. Sony Xperia F8331 dikhabarkan akan diperkenalkan pada acara IFA pada September tahun ini.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.