Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Softbank disahkan mengambil-alih ARM pada nilai mencapai RM127 Bilion

softbank_armSoftbank disahkan mengambil-alih ARM pada nilai mencapai RM127 Bilion

Pihak ARM kini telah mengesahkan bahawa pengambil-alihan syarikat mereka oleh SoftBank, syarikat dari Jepun.

Pengambil-alihan ARM ini tidak akan menjejaskan ARM beroperasi sebagai syarikat bebas seperti biasa. Rekaan cip daripada ARM digunakan secara meluas pada pelbagai peranti mudah-alih termasuk dilesenkan oleh pengeluar seperti Samsung, Apple, Qualcomm dan sebagainya.

Sebanyak 15 juta cip berasaskan kepada rekaannya telah dikeluarkan pada tahun lepas. SoftBank bersetuju untuk mengambil-alih ARM pada nilai £24.3 bilion (sekitar RM127.87 bilion).

Pengambil-alihan ini akan memberikan Softbank lebih kelebihan bagi melabur dalam pelbagai syarikat perkhidmatan mudah-alih dan IoT.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.