Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus Zenfone 3 Max dan Laser dilancarkan di Vietnam dengan harga RM790 dan RM1036

132d5eb9-9205-4de8-aba7-11863e83a15d

Asus Zenfone 3 Max dan Laser dilancarkan di Vietnam dengan harga RM790 dan RM1036

Hari ini, Asus secara rasminya telah melancarkan dua peranti baru siri Zenfone 3 iaitu Zenfone 3 Max dan Zenfone 3 Laser. Zenfone 3 Max dan Zenfone 3 Laser mempunyai rekaan bentuk dan spesifikasi yang lebih kurang sama seperti Zenfone 3.

1547063

Zenfone 3 Laser dikatakan akan hadir dengan skrin 5.5-inci paparan resolusi 1080p serta kaca 2.5D, menggunakan cip pemprosesan lapan teras, kamera belakang 13-megapixel dengan sokongan laser Autofokus dan EIS. Selain itu, Zenfone Laser juga dilengkapi pengimbas cap jari, memori 4GB RAM dan 32GB ruangan storan.

1547060

Zenfone 3 Max pula dilengkapi dengan skrin 5.5-inci juga dengan paparan HD penuh serta kaca 2.5D, bateri besar yang berkapasiti 4,100mAh, memori 3GB RAM, 32GB ruangan storan, pengimbas cap jari dan badan yang diperbuat daripada logam.

asus-zenfone-3-laser_1 asus-zenfone-3-max_1

Harga runcit untuk Zenfone 3 Max adalah VND 4.49 juta (sekitar RM790), manakala Zenfone 3 Laser dijual pada harga runcit VND 5.99 juta (kira-kira RM1,036).

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.