Samsung bakal memperkenalkan phablet 7-inch yang dinamakan Galaxy J Max
Samsung J Max 7-inch Phablet : Bigger than bigger
Xiaomi telah melancarkan phablet yang hadir dengan skrin gergasi yang dinamakan Mi Max pada bulan lepas. Samsung ingin juga memasuki pasaran phablet dengan skrin sebesar 7 inci untuk bersaing dengan pengeluar telefon pintar lain.
Evleaks menyatakan di twitter bahawa Samsung dalam persediaan untuk memperkenalkan sebuah peranti phablet 7-inci di pasaran global.
Spesifikasi phablet gergasi Galaxy J Max buat masa ini masih tidak diketahui, tetapi memandangkan siri Galaxy J mensasarkan pasaran telefon pintar permulaan, ia tidak akan mencabar Xiaomi Mi Max kelak.