Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Rekaan OPPO Find 9 tertiris?

Leaked-image-of-the-Oppo-Find-9

Rekaan OPPO Find 9 tertiris?

Sebuah gambar telefon bimbit dikatakan Oppo Find 9 tertiris di laman web Cina Weibo. Sejak ia terlihat menjalani ujian penanda aras GFXBench, spesifikasi Find 9 turut didedahkan selepas itu.

oppo find 9 leakedOppo Find 9 dijangka dilengkapi dengan skrin 5.5-inci dengan paparan Super AMOLED QHD. Peranti ini akan menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 821, dan salah satu variasi telefon ini adalah memori sebesar 8GB RAM dan ruangan storan sebanyak 128GB. Yang versi lain iti pula didatankan dengan RAM yang lebih kurang dan ruangan storan dalaman yang lebih kecil.

Kemampuan optik Oppo Find 9 ini dilengkapkan oleh 21-megapixel kamera belakang dengan SmartSensor Penstabilan Imej yang mengambil OIS daripada lensa dan meletakkan ia ke dalam sensor imej. Kamera hadapan pula adalah 16-megapixel.

Bateri peranti ini dikatakan bersaiz 4,100mAh yang menyokong pengecasan pantas Super VOOC dan USB Type-C 2.0.

Oppo Find 9 dikhabarkan paling cepat akan diumumkan pada akhir Ogos.

SUMBER RUJUKAN PHONEARENA

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.