Adakah spesifikasi tertiris Galaxy Note 7 ini boleh dipercayai?
Adakah spesifikasi tertiris Galaxy Note 7 ini boleh dipercayai?
Samsung Galaxy Note 7 yang akan melangkau sistem penamaan bernombor dan tidak menghasilkan Galaxy Note 6 kini dikhabarkan akan dilancarkan pada bulan Ogos hadapan.
Kini spesifikasi penuh Galaxy Note 7 teleh tertiris. Samsung dikatakan akan melengkapkan Galaxy Note 7 dengan skrin 5.7 inci Super AMOLED Quad HD, pemproses Exynos 8893 atau Snapdragon 821, RAM 6GB LPDDR4 dan storan dalaman dari 64GB, 128GB hingga 256GB. Lain daripada Galaxy Note 5, Galaxy Note 7 akan menyokong kad MikroSD.
Di samping itu, Galaxy Note 7 turut akan menawarkan kamera utama 12-megapixel duo pixel f/1.7 dan kamera hadapan 5 Megapixel f/1.7. Bateri pula berkapasiti 4,000 mAh dengan sistem pengecasan pantas melalui port USB-C.
Ciri-ciri siri Galaxy Note iaitu Stylus S-Pen akan datang dengan rekaan baru dan juga memperkenalkan kemampuan kalis air IP68. Ia bakal menggunakan sistem operasi Android 6.0.1 Marshmallow dengan pelancar baru Grace UX.
SUMBER RUJUKAN: SAMMOBILE