Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Google menyenaraikan tempoh jaminan menerima Kemaskini setiap peranti Nexus

google nexus generationsGoogle menyenaraikan tempoh jaminan menerima Kemaskini setiap peranti Nexus

Google Nexus merupakan jenama ekslusif yang digunakan oleh Google untuk peranti-perantinya berasaskan Android. Kebanyakan pengguna beli peranti Nexus kerana mementingkan kepantasan kemas kini, kestabilan sistem operasi dan jaminan sokongan yang lebih baik berbanding peranti Android lain.

Nexus-update-kemas-kini-1

Kini, Google telah mengeluarkan senarai sokongan untuk peranti Nexus yang ada di pasaran sekarang. Senarai yang ditunjukkan di atas adalah tarikh akhir Google akan memberikan jaminan kemas kini versi perisian dan keselamatan.

Bagi peranti Nexus terkini iaitu Nexus 5X dan Nexus 6P, kedua-dua peranti ini dapat jaminan sampai September 2017. Nexus 6 dan 9 pula akan berakhir pada Oktober tahun ini. Jaminan kemas kini Nexus 5 dikatakan telah tamat pada Oktober tahun lepas.

Walaupun jaminan yang diberikan adalah agak singkat tetapi menurut perangkaan Google ramai pengguna akan menukar peranti setiap dua tahun.

Adakah jaminan selama dua tahan yang diberikan oleh Google memadai?

SUMBER: Amanz

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.