Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi 3S/4 bakal dilancarkan tidak lama lagi

Xiaomi Redmi 3S/4 bakal dilancarkan tidak lama lagi 1

Redmi-3S-TENAA-5-

Xiaomi nampaknya bakal melancarkan satu lagi telefon pintar Xiaomi dan telefon pintar ini telah dikesan di TENAA dengan nombor kod 2016030.

Telefon pintar ini dipercayai akan menjadi pengganti kepada model Redmi 3 Pro dan dari segi luaran, tidak banyak perbezaan antara Redmi 3 Pro dengan model telefon pintar ini.

Telefon pintar Xiaomi ini dilihat hadir dengan skrin paparan 720p berukuran 5.0-inci, pemproses octa-core berkelajuan 1.4GHz (mungkin pemproses Snapdrgaon 435), 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 4,000mAh.

Selain itu, telefon pintar terbaru Xiaomi ini juga memiliki kamera utama 13MP, kamera selfie 5MP, sensor capjari, slot microSD.

Selain itu, telefon pintar Xiaomi ini dijangka akan hadir didalam tiga warna iaitu warna emas, perak dan kelabu.

Xiaomi Redmi 3S atau Redmi 4 dijangka akan menjadi nama rasmi telefon pintar ini namun sehingga kini masih belum ada sebarang pengesahan rasmi akan bila pelancaran rasmi telefon pintar ini akan diadakan.

Redmi-3S-TENAA-4- Redmi-3S-TENAA-3 Redmi-3S-TENAA-2sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.