Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S7 Edge Edisi Injustice ini pasti membuat anda terpukau

S7 EDGE INJUSTICE EDIITION

Salah satu versi telefon pintar utama Samsung iaitu Galaxy S7 Edge kini hadir didalam satu versi istimewa yang dilancarkan khas dengan kerjasama Warner Bros dan DC Comics.

Samsung Galaxy S7 Edge Edisi Injustice adalah versi telefon pintar utama syarikat ini dan ianya merupakan edisi terhad yang diinspirasikan daripada permainan video Injustice.

Apa yang menariknya adalah, Samsung Galaxy S7 Edge edisi Injustice ini akan hadir didalam satu kotak yang mempunyai logo Batman warna emas, perkakas perlindungan bertemakan Batman dan satu unit headset Gear VR ( hanya dipasaran tertentu).

Selain itu, Samsung Galaxy S7 Edge edisi Injustice ini juga memiliki UI bertemakan Batman dan anda juga akan menerima kredit permainan Batman Prime Pack bernilai $100.

Samsung Galaxy S7 Edge edisi Injustice ini akan mula ditawarkan dipasaran tertentu mulai awal bulan Jun dan antara pasaran yang disahkan akan menerima versi ini adalah China, Singapura , Korea , Amerika Latin dan banyak lagi.

Dalam pada itu, Samsung Mobile Malaysia kini secara rasminya telah mengumumkan penawaran model Galaxy S7 Edge didalam satu lagi warna baru iaitu warna emas pink dan model ini akan turut mempunyai harga penjualan yang sama seperti model S7 Edge lain iaitu RM 3,099.

Anda boleh menonton video pembukaan kotak S7 Edge edisi Injustice dibawah

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.