Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon pintar flip Lenovo Moto RAZR akan dilancarkan pada 9 Jun ini

lenovo moto razr

Motorola mencuri tumpuan dunia apabila telah melancarkan telefon pintar lipat (flip) pada tahun 2004 iaitu Moto RAZR V3 dan telah berjaya menjual sebanyak 130 juta unit.

Ketika itu Motorola boleh dikatakan merupakan antara pendahulu didalam pasaran telefon bimbit bersama-sama Nokia.

12 kemudian, Motorola yang kini adalah anak syarikat Lenovo dilihata akan kembali mengembalikan telefon bimbit legenda RAZR tidak lama lagi.

Telefon pintar Moto RAZR yang akan dilancarkan di Lenovo Tech World pada 9 Jun ini dijangka akan hadir dengan sistem operasi Android.

Sempena pelancaran telefon pintar lipat RAZR ini, Motorola juga telah memuat turun satu video yang mengimbas kembali nostalgia pengunaan telefon bimbit ini kira-kira 12 tahun lalu.

Selain itu, pelancaran Motorola RAZR yang baru ini akan turut disertai dengan pelancaran telefon pintar Moto X yang baru.

Pelancaran telefon pintar baru Motorola dibawah naungan Lenovo menyusul selepas pelancaran dua model Lenovo Moto iaitu Lenovo Moto G4 Plus dan Lenovo Moto G4.

Model Lenovo Moto G4 Plus adalah sesuatu yang menarik perhatian kami kerana Lenovo mendakwa DxOMark telah mengiktiraf gambar yang diambil melalui G4 Plus ini adalah lebih baik berbanding gambar yang diambil oleh iPhone 6s dan 6s Plus.

Moto G4 Plus ini mempunyai harga penjualan INR 13,500 (RM 811) bagi versi 16GB manakala versi 32GB pula akan ditawarkan pada harga INR 15,000 (RM 902).

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.