Lenovo Moto G4 Plus dan G4 dilancarkan secara rasmi
Lenovo secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Lenovo Moto mereka pertama dan kedua iaitu Lenovo Moto G4 Plus dan Lenovo Moto G4.
Lenovo Moto G4 Plus ini hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 617 , tiga konfigurasi RAM dan ROM iaitu 4GB/64GB , 3GB/32GB dan 2GB/16GB.
Selain itu, Lenovo Moto G4 Plus ini juga hadir dengan sensor capjari pada butang home yang lebih kecil berbanding sensor capjari lain di pasaran, slot microSD dan sistem operasi Android Marshmallow.
Beralih kepada unit kamera yang dimiliki oleh Moto G4 Plus, ianya hadir dengan kamera utama 16MP yang mempunyai pemfokusan hybrid (laser + phase detection) dan ianya dilengkapi dengan sensor yang dikenali sebagai OmniVision PureCell Plus. Kamera selfie G4 Plus ini adalah 5MP dengan lensar lebar 84°.
Lenovo juga mendakwa bahawa DxOMark telah mengiktiraf gambar yang diambil melalui G4 Plus ini adalah lebih baik berbanding gambar yang diambil oleh iPhone 6s dan 6s Plus.
Moto G4 Plus ini juga memiliki bateri berkapasiti 3,000mAh dan dengan pengecasan pantas yang mampu memberikan jangka hayat peranti selama 6 jam dengan pengecasan 15 minit.
Moto G4 Plus akan mempunyai harga penjualan INR 13,500 (RM 811) bagi versi 16GB manakala versi 32GB pula akan ditawarkan pada harga INR 15,000 (RM 902).
Beralih kepada model Moto G4 pula, ianya hadir dengan skrin paparan 5.5-inci 1080p , pemproses Snapdragon 617 , bateri berkapasiti 3,000mAh dengan pengecasan pantas ( pengecas ini harus dibeli secara berasingan), 2GB RAM dan dua kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 16GB dan 32GB.
Lenovo Moto G4 ini juga hadir dengan kamera utama 13MP manakala kamera selfie adalah sama seperti pada model G4 Plus iaitu kamera 5MP dengan lensa lebar 84°.
Lenovo G4 ini juga kehilangan sensor capajari yang disertakan pada Lenovo G4 Plus.