Sony Xperia XA Ultra dilancarkan secara rasmi – kamera selfie 16MP dengan OIS
Sony secara rasminya telah melancarkan satu lagi model telefon pintar didalam siri Xperia X iaitu Xperia XA Ultra yang hadir dengan skrin paparan 6.0-inci.
Xperia XA ini hadir dengan reka bentuk berasaskan rangka keluli dan skrin paparan 1080p telefon pintar ini memiliki kepadatan piksel 367ppi.
Selain itu, Xperia XA Ultra ini juga hadir dengan pemproses MediaTek Helio P10, 3GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan berasaskan sistem operasi Android 6.0.1 Marshmallow.
Bercakap mengenai unit kamera yang dimiliki oleh Xperia XA Ultra ini, ianya hadir denagn kamera utama 21.5MP yang memiliki pemfokusan auto hybrid dan juga flash LED. Kamera selfie Xperia XA Ultra ini juga tidak kurang hebatnya, iaitu kamera 16MP dengan OIS dan juga lampu flash LED.
Sony Xperia XA Ultra ini hadir dengan bateri berkapasiti 2,700mAh, Sony mendakwa ianya mampu bertahan sehingga 2 hari dengan pengecasan penuh manakala pengecasan selama 10 minit mampu memberikan 5.5 jam jangka hayat pengunaan (mempunyai sokongan pengecasan pantas).
Sony Xperia XA Ultra ini akan hadir didalam versi satu SIM, dwi-SIM dan terdapat juga slot microSD yang menyokong tambahan sehingga 200GB.
Sony Xperia XA Ultra ini akan mula memasuki pasaran pada bulan Julai didalam tiga warna iaitu hitam, putih dan emas hijau (lime).