Xiaomi Mi Max dilancarkan secara rasmi – harga dari CNY 1,499 (RM 933)
Xiaomi secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Mi Max dan ianya hadir dengan reka bentuk yang sangat nipis iatu hanya 7.5mm (berat 203 gram).
Xiaomi Mi Max ini akan hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 6.44-inci menjadikanya telefon pintar phablet pertama daripada Xiaomi.
Selain itu, Xiaomi Mi Max ini akan hadir didalam dua jenis pemproses iaitu pemproses Qualcomm Snapdragon 650 dan 652, 2 kapasiti RAM iaitu 3GB dan 4GB dan tiga kapasiti memori simpanan dalaman 32GB , 64GB dan 128GB.
Selain itu, Mi Max ini juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,850mAh iaitu 61% lebih kapasiti berbanding bateri yang dimiliki oleh Xiaomi Mi Note atau 71% lebih kapasiti berbanding bateri Apple iPhone 6s Plus.
Beralih kepada bahagian kamera, Mi Max akan hadir dengan kamera utama 16MP yang mempunyai pemfokusan PDAF manakala kamera hadapan adalah 5MP (lensa lebar 84 darjah).
Selain itu, Xiaomi Mi Max ini juga hadir dengan sensor capjari pada bahagian belakang, sensor inframerah , sokongan rangkaian 4G+ , MIUI 8 yang berasaskan Android Marshmallow dan slot dwi-SIM.
Xiaomi Mi Max akan hadir didalam tiga versi dan maklumat versi ini adalah seperti dibawah:
Mi Max 3GB RAM + 32GB ROM (pemproses Snapdragon 650) – harga CNY 1,499 (RM 933)
Mi Max 3GB RAM + 64GB ROM (pemproses Snapdragon 652) – harga CNY 1,699 (RM 1,057)
Mi Max 4GB RAM + 128GB ROM (pemproses Snapdragon 652) – harga CNY 1,999 (RM 1,244)
Xiaomi Mi Max ini akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu perak , kelabu dan emas.