Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi dilaporkan akan melancarkan pemproses tersendiri

Xiaomi dilaporkan akan melancarkan pemproses tersendiri 1

xiaomi-rifle-apu-processor

Xiaomi dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan pemproses mereka yang tersendiri mengikut jejak langkah Apple , Huawei dan Samsung.

Pemproses Xiaomi ini dikenali sebagai dengan kodnama “Xiaomi Rifle” dan ianya dikatakan akan dilancarkan pada bulan Mei.

Laporan ini juga mempunyai sebab yang kukuh untuk dipercayai kerana ianya telah didedahkan oleh pembekal komponen rasmi Xiaomi kepada Korea Times.

Tidak seperti pemproses Samsung Exynos, pemproses Xiaomi Rifle ini akan mempunyai reka bentuk teras ARM CPU dan pada mulanya akan digunakan pada peranti kelas rendah dan pertengahan.

Penganalisa pasaran meramalkan bahawa kita akan menyaksikan telefon pintar yang hadir dengan spesifikasi dan pemproses yang baik pada harga yang berpatutan namun masih mampu menjana keuntungan kepada syarikat.

Selain itu, jam pintar , TV dan banyak lagi produk keluaran Xiaomi dijangka akan menggunakan pemproses Xiaomi Rifle sekaligus menepikan kebergantungan kepada pengeluar pemproses seperti Qualcomm dan MediaTek.

Qualcomm dan MediaTek menguasai hampir keseluruhan pasaran pemproses didalam industri telefon pintar dan kewujudan lebih banyak syarikat yang mengeluarkan pemproses mereka yang tersendiri akan menyebabkan kedua-dua syarikat ini menurunkan kadar royalti paten pengunaan yang dikenakan.

Pada bulan Mei ini, Xiaomi akan melancarkan telefon pintar Mi Max dan syarikat China ini mungkin memberikan kita sedikit maklumat mengenai pemproses Xiaomi  Rifle yang baru ini.

sumber

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.