ZUK Z2 Pro dilancarkan secara rasmi – 6GB RAM
Anak syarikat Lenovo iaitu ZUK secara rasminya telah melancarkan generasi kedua telefon pintar mereka iatu Z2 Pro di China.
Walaubagaimanapun, ZUK Z2 Pro ini hanya hadir dengan skrin paparan berukuran 5.2-inci iaitu 0.3-inci lebih kecil berbanding Z1 namun ianya masih mengekalkan resolusi pada 1080p (Z2 Pro hadir dengan skrin AMOLED, Z1 menggunakan skrin IPS LCD)
Dari segi spesifikasi dalaman, ZUK Z2 Pro ini hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 820,6GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman. ZUK juga mengesahkan satu lagi versi dengan 4GB RAM dan 64GB memori simpanan dalaman akan dilancarkan kelak.
Beralih kepada unit kamera yang dimiliki oleh ZUK Z2 Pro, ianya hadir dengan kamera ISOCELL 13MP dengan 1.34μm piksel, pemfokusan PDAF, aperture f/1.8 dan sokongan rakaman video 4K. Kamera selfie yang dimiliki ZUK Z2 Pro ini adalah 8MP dengan 1.4μm piksel dan aperture f/2.0.
Selain itu. Z2 Pro ini juga memiliki sensor capjari pada butang “Home”, sensor degupan jantung , sensor UV alimeter , Bluetooth 4.1 , GPS , 4G LTE ( menyokong 23 jenis rangkaian selular) dan VoLTE.
Z2 Pro juga hadir dengan Android Marshmallow bateri berkapasiti 3,100mAh dan dengan sokongan Quick Charge 3.0 yang menggunakan slot USB Type-C ( USB 3.1).
ZUK Z2 Pro ini akan mula dijual di pasaran China hari ini dengan harga penjualan CNY 2,699( RM 1,622) bagi versi 6GB RAM/128GB ROM . Harga penjualan bagi versi 4GB/64GB masih belum diumumkan dan ianya akan mula dijual pada 10 Mei.