Lakaran Xiaomi Max telah tersebar – sama seperti Mi 5
Xiaomi sebelum ini telah membuat satu yang memberikan peluang kepada peminta Xiaomi atau Mi Fan untuk menamakan peranti Xiaomi yang terbaru dan dengan selepas selesai proses undian ini, siri telefon pintar baru daripada Xiaomi ini akan dikenali sebagai Xiaomi Max.
Laporan terbaru ini telah memberikan kita satu lakaran baru bagi Xiaomi Max ini dan ianya dilihat mempunyai persamaan dengan telefon pintar utama Xioami iaitu Mi 5.
Secara kasarnya, Xiaomi Max dilihat mewarisi reka bentuk Xioami Mi 5 yang telah diperkenalkan di MWC dan ianya boleh dikatakan model Xiaomi Mi 5 yang lebih besar. Seperti Mi 5, Xiaomi Max juga hadir dengan butang ‘home’ yang menempatkan sensor capjari selain dua butang kapasitif. pada bahagian sisi akan terdapat butang suara dan butang kuasa.
Selain itu, khabar angin awal mengatakan Xiaomi Max ini akan hadir dengan skrin paparan 6.4-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 820 , reka bentuk berasaskan keluli , bateri berkapasiti tinggi dan ianya dijangka akan dilancarkan pada bulan Mei 2016.
Selain itu, Xiaomi Max yang dilancarkan ini akan berada didalam kategori phablet dan ianya dijangka akan dilancarkan sebagai peranti kelas pertengahan dengan harga penjualan yang berpatutan.
Seperti telefon pintar Xiaomi yang lain, Xiaomi Max hampir pasti akan dijual di pasaran China terlebih dahulu sebelum ke pasaran lain.