Huawei P9 dan P9 Plus telah dikesan di pangkalan data SIRIM
Telefon pintar utama Huawei bagi tahun ini iaitu Huawei P9 yang telah dilancarkan awal bulan ini kini telah dikesan di pangkalan data SIRIM Malaysia.
Walaupun sebelum ini kami sedikit ragu-ragu mengenai akan bila telefon pintar ini akan memasuki pasaran tempatan, pengesahan di pangkalan data SIRIM memberikan kita petunjuk jelas bahawa Huawei ingin melancarkan telefon pintar ini di sini secepat mungkin.
Selain Huawei P9, satu lagi model Huawei yang dilancarkan awal bulan ini iaitu P9 Plus turut tersenarai di SIRIM.
Huawei P9 dan P9 Plus mungkin akan memasuki pasaran sekitar bulan Mei 2016 iaitu kira-kira 11 bulan selepas Huawei P8 mula ditawarkan di Malaysia.
Dibawah ini anda boleh baca maklumat spesifikasi Huawei P9 dan P9 Plus
Huawei P9
Huawei P9 hadir dengan skrin paparan IPS LCD 1080p berukuran 5.2-inci dan mempunyai saiz dimensi yang hampir sama seperti iPhone 6s
Huawei P9 akan hadir dengan pemproses Kirin 955 yang merupakan versi Kirin 950 yang dinaik taraf dan ianya akan hadir didalam dua kapasiti RAM dan ROM iaitu 3GB/32GB dan 4GB/64GB ( masih ada slot microSD)
Huawei P9 nampaknya hadir dengan fokus utama untuk memberikan pengguna pengalaman kamera yang luar biasa dan berdasarkan reaksi awal, mereka telah berjaya melakukanya.
Huawei P9 hadir kamera berkembar pada yang telah dibangunkan bersama-sama syarikat optik terkemuka Jerman iaitu Leica.
Huawei P9 hadir dengan dua unit kamera 12MP dimana satu akan mengambil gambar hitam putih manakala satu lagi akan mengambil gambar berwarna. Kedua-dua gambar yang diambil ini kemudian akan di proses untuk dijadikan satu gambar yang hadir dengan kualiti cahaya yang baik. kamera hadapan yang dimiliki P9 ini adalah 8MP
Aperture yang dimiliki kamera ini adalah f/2.2 dan terdapat juga fokus auto laser, dua lampu flash LED namun tiada optik pengstabilan imej disertakan(OIS)
Rangka Huawei P9 adalah berasaskan aluminium dan mempunyai persamaan seperti Nexus 6P.
Selain itu, Huawei P9 juga hadir dengan sensor capjari pada bahagian panel belakang, bateri berkapasiti 3,000mAh slot USB Type-C dan UI EMUI 4.1 yang berasaskan Android Marshmallow
Huawei P9 Plus
Selain P9, Huawei turut memperkenalkan Huawei P9 Plus dan ianya hadir dengan skrin paparan berukuran 5.5-inci dan P9 Plus mungkin bukan pengganti kepada P8 Max ( P9 Max mungkin dilancarkan tidak lama lagi).
Walaupun hadir dengan skrin paparan yang lebih besar, Huawei masih mengekalkan resolusi skrin ini pada 1080p namun teknologi skrin adalah AMOLED dan bukanya IPS LCD seperti pada P9.
Selain itu, Huawei P9 juga hadir dengan teknologi skrin 3D yang mana Huawei menamakanya sebagai Press Touch. Huawei sebelum ini juga melancarkan teknologi skrin 3D ini pada Mate S namun ianya tidak ditawarkan dipasaran tempatan.
Huawei P9 Plus turut memiliki pemproses Kirin 955 namun hanya akan hanya hadir didalam satu kapasiti RAM dan ROM iaitu 4GB/64GB.
Selain itu, Huawei P9 Plus juga memiliki bateri berkapasiti 3,400mAh , pengecasan pantas Dual-IC, pembesar suara stereo dan UI EMUI 4.1 yang berasaskan Android Marshmallow
Unit kamera yang dimiliki P9 Plus juga adalah sama seperti P9 iaitu dua unit kamera 12MP yang dihasilkan dengan kerjasama Leica manakala kamera hadapan adalah 8MP dengan pemfokusan auto.
Huawei P9 akan mempunyai harga penjualan €599 (RM 2,664) bagi versi 3GB/32GB manakala versi 4GB/64GB akan mempunyai harga €649 (RM 2,886) dengan penjualan telah bermula pada 16 April ( fasa pertama : 29 negara di Eropah dan Timur Tengah)
Huawei P9 Plus pula akan ditawarkan €100 lebih mahal iaitu pada harga €749(RM 3,331) dengan penjualan akan bermula pada 20 Mei 2016.