Penjual barangan secara online mesti mendaftar dengan SSM
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sedang merangka satu peraturan baru yang akan mewajibkan sesiapa sahaja yang menjual barangan di atas talian untuk mendaftar dengan suruhanjaya ini. SSM juga telah mengesahkan bahawa peratutan ini turut tertakluk kepada mereka yang ingin menjual walupun hanya satu barang ( seperti menjual peranti di Mudah.my).
Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata walaupun pengguna hanya ingin menjual satu unit telefon pintar, mereka harus mendaftar dengan SSM dan barang tersebut harus dijual didalam masa 30 hari.
Jika barang tersebut tidak terjual didalam masa 30 hari, mereka harus melakukan pendaftaran baru yang memberikan tambahan 30 hari lagi.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) ,
Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata langkah ini adalah untuk melindungi pengguna daripada kes penipuan selain memastikan hak pengguna terjamin. Walaubagaimanapun, dengan peraturan baru ini, penjualan secara atas talian dilihat akan menjadi lebih rumit.
Pengumuman ini dibuat selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mencadangkan supaya kesemua blog dan media atas talian untuk mendaftar dan pengumuman terbaru ini dilihat sebagai satu lagi langkah untuk memastikan kesemua aktiviti atas talian rakyat Malaysia di pantau oleh pihak berkuasa.
Pengumuman terbaru ini sudah pastinya akan menyukarkan lagi peniagaa kecil-kecilan yang cuba mencari pendapatan tambahan dengan menjual barangan menggunakan media sosial seperti Facebook dan Instagram.