Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lionel Messi dilantik sebagai duta global Huawei

lionel-messi-huawei-ambassador-01-1024x681

Pengeluar telefon pintar terkemuka China, Huawei telah mengumumkan bahawa pemain bola sepak kelab bola sepak FC Barcelona yang juga merupakan pemain terbaik dunia 2015 iaitu Lionel Messi  sebagai duta produk Huawei .

Huawei baru-baru ini telah membuktikan mereka adalah antara syarikat terbaik di China dan juga dunia ( Huawei kini merupakan jenama telefon pintar ketiga terbaik didunia).

Langkah Huawei menandatangani perjanjian dengan Lionel Messi sebagai duta global membuktikan bahawa syarikat ini mempunyai potensi tinggi untuk bersaing dengan Samsung dan Apple didalam industri telefon pintar ini.

Perjanjian bernilai jutaan ringgit ini adalah untuk tempoh tiga tahun dan sepanjang tempoh ini, Lionel Messi dijangka akan menjadi duta produk Huawei dan legenda bola sepak ini juga dijangka akan menyertai pelancaran telefon pintar Huawei.

Sebelum ini, Huawei juga telah menandatangani pemain bola sepak kelab bola sepak FC Bayern Munich iaitu Robert Lewandowski yang juga ketua pasukan Poland sebagai duta produk mereka khusus bagi telefon pintar dan peranti pemakaian.

Kerjasama antara Huawei dengan sukan bola sepak bukanlah sesuatu yang asing kerana syarikat ini juga pernah menjadi penaja kepada kelab bola sepak terkemuka Sepanyol iaitu Athletico Madrid.

Selain sebagai duta, Huawei juga dijangka akan memperkenalkan telefon pintar edisi terhad Lionel Messi ( mungkin model Huawei Mate 8 dan Huawei P9).

lionel-messi-huawei-ambassador-02-683x1024

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.