UMobile memperkenalkan pelan UPackage – miliki iPhone 6s tanpa faedah
Syarikat telekomunikasi UMobile telah memperkenalkan satu pelan pemilikan telefon pintar iPhone yang dikenali sebagai UPackage.
Program pemilikan ini memberikan pengguna alternatif terbaik untuk memiliki Apple iPhone 6s dengan lebih murah dan dengan pelan pascabayar yang terbaik di pasaran.
Pelan UPackage ini hadir dengan bayaran bulanan tanpa sebarang faedah bagi iPhone anda selain pelan data dan suara iPlan pada satu harga yang sangat kompetetif.
Walaupun menawarkan iPhone tanpa sebarang faedah, UMobile masih mampu menawarkan telefon pintar Apple iPhone ini pada harga yang disubsidi dan ianya hadir dengan kontrak 24 bulan.
Anda kini sudah boleh memiliki telefon pintar Apple iPhone dengan bayaran bulanan serendah RM 188 sebulan iaitu bagi peranti dan pelan dan ianya adalah antara pelan peranti + pelan terendah di pasaran hari ini.
Selain itu, dengan pelan UPackage ini, pelanggan juga boleh memilih mana-mana pelan iPlan yang hadir dengan panggilan percuma dan kuota internet yang lebih bernilai.
Pelan UPackage ini ditawarkan kepada pelanggan prabayar dan pascabayar UMobile, bagi pelanggan pascabayar syarikat telekomunikasi yang lain, anda juga boleh membeli iPhone melalui pelan UPackage ini namun dengan beberapa syarat seperti berikut :
Bagi pelanggan dari syarikat telekomunikasi yang lain, anda boleh memilih untuk mengekalkan nombor lama dan beralih ke U Mobile atau mendaftar talian baru dengan U Mobile Walaubagainmanapun, pelanggan mesti menyertakan bil (3) bulan yang sudah dibayar dari syarikat telekomunikasi masing-masing.
maklumat lanjut : UMobile