Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S7 disahkan akan hadir dengan teknologi kalis air

Samsung Galaxy S7 disahkan akan hadir dengan teknologi kalis air 1

s7 waterproof

Samsung Galaxy S7 akan dilancarkan didalam masa beberapa sahaja lagi nampaknya telah disahkan akan hadir dengan teknologi kalis air.

Maklumat terbaru ini diperoleh melalui satu video YouTube yang bertajuk #TheNextGalaxy telah dimuat turun oleh Samsung Indonesia.

Video komersial ini menunjukkan pemanah Indonesia Dellie Threesyadinda melakukan latihan sambil menggunakan satu telefon pintar Samsung.

Apa yang menyebabkan ramai pakar teknologi sedar bahawa model telefon pintar Samsung ini adalah Samsung Galaxy S7 ialah ianya hadir dengan reka bentuk yang hampir sama seperti S6 dan S6 Edge.

Walaubagaimanapun,  Threesyadinda dilihat menggunakanya ketika hujan dan jika anda arif tentang S6 dan S6 Edge anda pasti sedar bahawa telefon pintar ini tidak hadir dengan ciri kalis air.

Selain itu, Samsung Galaxy S7 ini juga dilihat akan hadir dengan ciri pengambilan gambar yang lebih berkualiti dengan pengambilan gambar pada keadaan malap dilihat satu kelebihan pada S7 dan S7 Edge.

Pengesahan tidak rasmi bahawa S7 dan S7 Edge hadir dengan teknologi kalis air dan habuk sudah pastinya akan membuatkan peminat telefon pintar ini teruja dan pasti lebih banyak lagi ciri menarik yang dimiliki telefon pintar ini akan diketahui pada majlis pelancaranya minggu hadapan.

Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge akan dilancarkan secara rasmi di Mobile World Congress yang akan berlangsung di Barcelona pada hari Ahad ini ( awal pagi Isnin waktu Malaysia).

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.