Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Gambar Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge tersebar lagi

s7

Seperti yang anda sudah sedia maklum, telefon pintar terbaru didalam siri Galaxy S Samsung akan dilancarkan secara rasmi didalam masa 6 hari sahaja lagi.

Semakin kita menghampiri kemuncak pelancaran Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge ini , setiap hari terdapat sahaja berita dan maklumat baru mengenai telefon pintar ini dilaporkan.

Sebelum ini kita telah melihat banyak gambar kedua-dua model Galaxy S7 ini dan hari ini kita disajikan lagi dengan beberapa lagi gambar Samsung Galaxy S7.

Seperti biasa, gambar ini turut memberikan satu petunjuk jelas iaitu Samsung Galaxy S7 dan Samsung Galaxy S7 Edge akan hadir dengan reka bentuk yang sama seperti Galaxy S6.

Ini bermaksud kebanyakan perubahan pada Galaxy S7 akan hadir dari segi spesifikasi dalaman dan juga pada bahagian kamera.

Kesemua model Samsung Galaxy S7 ini akan hadir dengan spesifikasi asas yang sama iaitu skrin paparan QHD, pemproses Exynos 8890 atau Snapdragon 820, 4GB RAM dan kamera 12MP dengan teknologi BRITECELL.

Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge ini dijangka akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu warna emas, perak , kelabu dan emas ros.

Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge ini dijangka akan memasuki pasaran Malaysia didalam masa beberapa minggu selepas pelancaran rasmi selesai.

selain S7, telefon pintar utama LG iaitu LG G5 akan turut dilancarkan pada 21 Februari ini.

s7 edgesumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.