Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenWatch 2 kini ditawarkan oleh DirectD dan SatuGadget – dari RM699

Asus ZenWatch 2 kini ditawarkan oleh DirectD dan SatuGadget - dari RM699 1

asus zenwatch 2

Asus ZenWatch 2 kini secara rasminya turut ditawarkan oleh DirectD dan SatuGadget.com dengan harga penjualan yang sama seperti diumumkan oleh Asus Malaysia.

Kedua-dua syarikat ini menawarkan Asus ZenWatch yang merupakan versi rasmi di Malaysia dengan harga penjualan bermula dari RM 699 termasuk GST.

Asus ZenWatch 2 hadir didalam dua versi yang mempunyai reka bentuk yang sama namun mempunyai pengkhususan golongan wanita dan lelaki.

Versi Asus ZenWatch 2 yang ditawarkan untuk lelaki mempunyai nombor siri WI501Q ‘Sparrow’ manakala versi Asus ZenWatch 2 bagi wanita pula mempunyai nombor siri W1502Q ‘Wren’

Asus ZenWatch 2 ini mempunyai jangka harga penjualan yang bermula dari RM 649 sehingga RM 899 dan perbezaan harga ini adalah mengikut tali jam.

Bercakap mengenai spesifikasi, Asus ZenWatch 2 ini hadir dengan skrin paparan AMOLED 1.2-inci dengan resolusi 320 x 320 dengan kepadatan piksel 278ppi, pemproses Qualcomm Snapdragon 500 berkelajuan 1.2GHz, 512MB RAM, 4GB memori simpanan dalaman dan menggunakan sistem operasi Android Wear.

Selain itu, Asus ZenWatch 2 adalah peranti yang kalis air dan habuk dengan pensijilan IP 67, Bluetooth 4.1, WiFi ,dan dengan gelas perlindungan Corning Gorilla Glass 3 2.5D.

Asus ZenWatch 2 ini boleh digunakan bersama-sama peranti Android dan iOS dengan hanya memuat turun aplikasi Android Wear di Play Store ataupun Apple App Store.

Beli Asus ZenWatch 2 melalui DirectD di SINI

Beli Asus ZenWatch 2 melalui SatuGadget di SINI atau di SINI

0003333_asus-zenwatch-2-leather-original-asus-malaysia-set

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.