Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

VAIO secara rasminya melancarkan telefon pintar Phone Biz – Windows 10

vaio phone biz

VAIO secara rasminya telah melancarkan telefon pintar yang berasaskan sistem operasi Windows 10 Mobile dan ianya dikenali dengan nama Phone Biz.

VAIO Phone Biz ini telah dilancarkan di pasaran Jepun buat masa ini dan akan mula ditawarkan di pasaran bulan hadapan.

VAIO Phone Biz ini hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 617 berkelajuan 1.5GHz , 3GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.

Reka bentuk VAIO Phone Biz ini dilihat sangat premium dengan berasaskan aluminium pada panel belakang manakala panel hadapan adalah gelas.

Bercakap mengenai kamera, VAIO Phone Biz hadir dengan kamera utama 13MP manakala kamera selfie 5MP.

VAIO Phone Biz ini dilihat ditawarkan khusus kepada ahli perniagaan yang memerlukan akses kepada komputer peribadi dimana sahaja. Telefon pintar ini juga menyokong Microsoft Continuum.

VAIO Phone Biz akan mempunyai harga penjualan 50,000 yen iaitu sekitar RM 1,769 dan akan ditawarkan didalam dua warna iaitu warna kelabu dan warna putih.

Buat masa ini tiada sebarang tanda-tanda bahawa model VAIO Phone Biz ini akan ditawarkan di pasaran antarabangsa namun ianya mungkin akan ditawarkan secara tidak rasmi oleh pengedar telefon pintar.

Sedikit sejarah mengenai syarikat VAIO, ini adalah syarikat pengeluar komputer riba yang sebelum ini dimiliki oleh Sony dan Phone Biz adalah telefon pintar kedua keluaran syarikat ini.

vaio phone biz-1 vaio phone biz-5 vaio phone biz-3 vaio phone biz-4 vaio phone biz-2

sumber

 

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.