Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple kini menawarkan peranti VR untuk iPhone – harga RM 123

Apple VR-6

Realiti maya adalah sesuatu yang sudah biasa di sertakan dengan peranti Android dimana banyak syarikat mengeluarkan peranti VR khusus untuk telefon pintar.

Realiti maya ini membolehkan anda menikmati pengalaman dunia maya yang lebih realstik.

Jika sebelum ini pengalaman realiti maya hanya boleh dinikmati melalui peranti android atau menggunakan Google Cardboard, Apple kini secara rasminya telah menawarkan peranti VR yang direka khas untuk telefon pintar iPhone.

Peranti VR Apple ini menyokong hampir kesemua generasi Apple iPhone 5 dan ke atas iaitu Apple iPhone 5c, Apple iPhone 5s , Apple iPhone 6 , Apple iPhone 6s , Apple iPhone 6 Plus dan Apple iPhone 6s Plus.

Peranti VR untuk Apple iPhone ini direka bentuk oleh View-Master dan terdapat aplikasi VR khas yang dilihat telah dibangunkan dengan kerjasama Mattel.

Apple dilihat menyasarkan VR ini kepada kanak-kanak dan ianya mempunyai harga penjualan $29.95 iaitu sekitar RM 123.

Buat masa ini VR bagi Apple iPhone ini tidak ditawarkan di pasaran Malaysia namun ianya kini sudah ditawarkan di pasaran Amerika Syarikat.

Bagi anda yang ingin mencuba apakah pengalaman VR ini, anda mungkin boleh menggunakan cardboard VR Google yang lebih murah dan anda digalakkan memuat turun aplikasi View Master Space ini di SINI dan ianya adalah percuma.

sumber

Apple VR-3 Apple VR-8 Apple-VR-1 Apple-VR-2 Apple-VR-4 Apple-VR-5 Apple-VR-7

Apple VR-7

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.