Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 7 hadir dengan teknologi pengecasan tanpa wayar unik

iphone-7-concept

Apple iPhone 7 yang akan dilancarkan pada bulan September tahun ini dijangka akan hadir dengan banyak ciri baru dan antara ciri baru yang akan diperkenalkan pada generasi baru iPhone ini adalah teknologi pengecasan tanpa wayar.

Anda pasti sudah maklum, bahawa teknologi pengecasan tanpa wayar ini bukanlah sesuatu yang baru di industri dan sudah biasa ditawarkan pada peranti Android yang premium.

Walaubagaiamanapun, apabila Apple memutuskan untuk menggunakan teknologi ini pada peranti mereka, syarikat Cupertino ini pasti akan hadir dengan sesuatu yang lebih baik dan maju.

Dengan pengecasan tanpa wayar, Apple dikatakan sedang berkerjasama dengan syarikat di Asia untuk membangunkan satu teknologi pengecasan yang boleh mengecas peranti dari sejauh yang mungkin.Kebiasaanya, pengecasan tanpa wayar ini hanya berfungsi apabila anda meletakkan peranti anda pada satu pad pengecasan.

Buat masa ini Apple belum memutuskan samada mahu menyertakan teknologi pengecasan terbaru ini pada iPhone 7 ataupun tidak.

Walaupun laporan terbaru ini tidak memberikan kita sebarang penjelasan akan bagaimana teknologi ini akan beroperasi. Apple pada tahun 2012 pernah mendaftarkan hak cipta bagi satu teknologi yang dikenali sebagai ‘near-field magnetic resonance (NFMR)’ yang mampu mengecas peranti dari kejauhan 1 meter.

Jika teknologi pengecasan ini diperkenalkan pada Apple iPhone 7, ianya pasti akan mendapat perhatian yang tinggi dan akan bermula lah persaingan di pasaran Android untuk menyaingi teknologi pengecasan baru ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.