Siri Samsung Galaxy A (2016) dilancarkan secara rasmi di Malaysia
Samsung Malaysia secara rasminya telah melancarkan telefon pintar siri Galaxy A (2016) ke pasaran tempatan.
Model yang dilancarkan di Malaysia adalah Samsung Galaxy A3 (2016) , Galaxy A5 (2016) dan Galaxy A7 (2016).
Ketiga-tiga model Samsung Galaxy A ini hadir dengan reka bentuk yang lebih premium iaitu berasaskan keluli dan gelas yang sama seperti pada Galaxy S6.
Ketiga-tiga model didalam siri Galaxy A ini dilancarkan dengan sensor capjari, kamera dengan OIS dan sistem pembayaran magnetik Samsung Pay.
Samsung Galaxy A7 2016 adalah model paling baik didalam tiga model baru ini, ianya hadir dengan skrin paparan Super AMOLED 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses octa-core, 3GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman, bateri berkapasiti 3,300mAh dan slot microSD.
Selain itu, Samsung Galaxy A7 juga hadir dengan kamera utama 13MP yang mempunyai OIS manakala kamera selfie adalah 5MP. Kedua-dua unit kamera ini mempunyai aperture f/1.9
Samsung Galaxy A7 2016 seperti yang diduga juga hadir dengan sensor capjari, sistem pembayaran Samsung Pay dengan MST ‘Magnetic Secure Transmission’, LTE Cat.6 dan terdapat juga versi dwi-SIM.
Samsung Galaxy A5 pula hadir dengan skrin paparan Super AMOLED 1080p berukuran 5.2-inci, pemproses octa-core, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,900mAh.
Seperti Galaxy A7 (2016), Galaxy A5 (2016) juga hadir dengan kamera utama 13MP namun tiada OIS dan disertakan dengan kamera 5MP. Sensor capjari dan Samsung Pay dengan MST juga dilengkapi pada Galaxy A5 (2016) dan tidak lupa satu lagi versi dengan dwi-SIM.
Samsung Galaxy A3 (2016) pula mendapat penambahbaikan spesifikasi yang paling drastik. Galaxy A3 kini hadir dengan skrin paparan Super AMOLED 720p berukuran 4.7-inci dengan resolusi 720p, pemproses quad-core berkelajuan 1.5GHz. 1.5GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,300mAh.
Kamera yang dimiliki oleh model A3 (2016) ini adalah sama seperti model A5 iaitu kamera 13MP pada bahagian belakang (tiada OIS) manakala kamera selfie adalah 5MP dengan jumlah aperture yang sama iaitu f/1.9.
Samsung Galaxy A3 juga hadir dengan sokongan LTE Cat.4 dan ianya juga akan hadir didalam versi dwi-SIM. Selain itu, harus kami tekankan bahawa Galaxy A3 (2016) tidak mempunyai sensor capjari.
Samsung Galaxy A3 (2016), A5 (2016), A7 (2016) akan hadir dengan TouchWiz UI yang berasaskan Android 5.1 Lollipop dan akan ditawarkan didalam empat warna iaitu putih, hitam, emas dan emas ros.
Samsung Galaxy A3 akan mempunyai harga penjualan RM 1,299 manakala Samsung Galaxy A5 (2016) akan mempunyai harga penjualan RM 1,599 dan Galaxy A7 (2016) pula akan mempunyai harga penjualan RM 1,899. pembelian model ini juga akan menerima kad microSD 32GB secara percuma.
Samsung kini mengadakan satu roadshow khas selama 4 hari di pusat membeli belah Sunway Pyramid dimana banyak promosi istimewa ditawarkan dengan pembelian Siri Galaxy A (2016) ini.