Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Gambar Xiaomi Mi 5 didalam kotak tersebar

image

Xiaomi Mi 5 telah disahkan akan dilancarkan pada 24 Februari ini dan selepas hampir 18 bulan menunggu penantian untuk menyaksikan generasi baru telefon pintar daripada Xiaomi akan berakhir.

Semalam Hugo Barra juga telah mengesahkan perkara yang sama dan beliau menyuruh peminat meneka akan reka bentuk Xiaomi Mi 5 dan bagi kami ianya mungkin akan menjadi antara telefon pintar terbaik didalam sejarah syarikat ini.

Walaupun belum dilancarkan, sudah banyak maklumat dan gambar lakaran Xiaomi Mi 5 ini tersebar dan mendedahkan kita bahawa Mi 5 akan menjadi telefon pintar Xiaomi pertama yang mempunyai butang fizikal yang turut menempatkan sensor capjari.

Kini satu gambar yang kelihatan Mi 5 telah tersebar dan ianya diletakkan didalam kotak.

Gambar ini memberikan kita lebih banyak bukti bahawa Xiaomi Mi 5 akan hadir dengan reka bentuk panel hadapan berasaskan gelas 2.5D dengan sisi skrin yang sangat nipis.

Selain itu, Xiaomi juga telah menukar reka bentuk kotak mereka pada model-model baru dan Mi 5 juga akan hadir dengan reka bentuk kotak yang baru dan bukanya seperti yang ditunjukkan pada gambar.

Bercakap mengenai spesifikasi, Xiaomi Mi 5 dijangka akan hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.0-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 820, 4GB RAM , 64GB memori simpanan dalaman , kamera utama 16MP , kamera selfie 8MP , bateri berkapasiti 4,000mAh dengan teknologi pengecasan pantas dan audio Hi-Fi.

sumber

image

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.