Apple iPhone mini dilaporkan akan diberi nama iPhone 5se
Telefon pintar Apple dengan skrin paparan 4.0-inci dilihat sentiasa berlegar di dunia teknologi sejak beberapa bulan dan sehingga kini kita telah diberikan kemungkinan ianya akan dikenali sebagai iPhone 7c, iPhone 6c dan iPhone 5e.
kini satu lagi nama bagi Apple iPhone 4.0-inci ini diperkatakan iaitu oleh 9to5Mac yang mengatakan model iPhone ini akan dikenali sebagai iPhone 5se.
Apple iPhone 5se akan model yang menjadi realiti hasil gabungan tiga model iPhone iaitu iPhone 5s, iPhone 6 dan iPhone 6s.
Apple iPhone 5se ini akan hadir dengan reka bentuk panel hadapan berasaskan gelas 2.5D yang sama seperti pada iPhone 6, hadir dengan unit kamera 8MP/1.2MP yang sama seperti pada iPhone 6 yang turut digunakan pada iPhone 5s selain teknologi pengambilan gambar Live Photo yang mula ditawarkan pada iPhone 6s.
Appe iPhone 5se juga akan hadir dengan pemproses Apple A8 yang digunakan pada iPhone 6 namun teknologi yang diperkenalkan pada iPhone 6s juga akan ditawarkan pada model mini ini iaitu Bluetooth 4.2, VoLTE dan cip Wi-Fi 802.11ac.
Selain itu, Apple iPhone 5se ini juga dilaporkan akan hadir dengan sokongan NFC yang mana ianya adalah untuk sokongan sistem pembayaran Apple Pay.
Laporan terbaru ini adalah dari sumber yang lebih dipercayai namun sehingga kita melihat Apple mengumumkan secara sendiri di atas pentas pelancaran, kita hanya boleh mengklasifikasikan berita ini sebagai khabar angin semata-mata.