Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Beli Huawei P8 dan dapatkan P8 Lite secara percuma

huawei p8 roadshow klcc
Jenama telefon pintar Huawei terbukti semakin popular dan telah berjaya menambat hati banyak pengguna.

Pada tahun 2015 sahaja, Huawei telah menjual hampir 100 juta unit telefon pintar dan sebagai membalas sokongan tidak berbelah bahagi pengguna , Huawei mengumumkan akan mengadakan satu promosi khas untuk pengguna KEMBAR!.

Mulai 25 Januari ini sehingga 31 Januari 2016, Huawei akan mengadakan satu roadshow di KLCC dan jika anda mempunyai pasangan kembar ini mungkin promosi yang ditunggu-tunggu oleh anda.

Jika anda adalah kembar, anda boleh memiliki Huawei P8 Lite secara percuma iaitu dengan pembelian satu unit Huawei P8.

Bercakap mengenai harga penjualan kedua-dua model ini, Huawei P8 mempunyai harga penjualan RM 1,899 manakala Huawei P8 Lite pula mempunyai harga penjualan RM 899.

Ini bermaksud anda hanya perlu membayar RM 1,899 untuk mendapat dua unit telefon pintar daripada Huawei ini.

Promosi khas untuk kembar ini akan ditawarkan bagi 88 kembar pertama yang membeli Huawei P8 di roadshow ini dan pihak Huawei Malaysia juga mengesahkan bahawa ini adalah pusingan pertama didalam kempen promosi ‪#‎WeiToLove dan akan ada promosi untuk pengguna lain juga tidak lama lagi.

Huawei P8 dan P8 Lite adalah model telefon pintar utama yang dilancarkan di pasaran tempatan pada bulan Jun tahun lalu dan ianya boleh dikatakan sebagai antara telefon pintar terbaik pernah dikeluarkan oleh Huawei.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.